Search

Tip nyahbeku bahan mentah. Okay amalan yang biasa ...

  • Share this:

Tip nyahbeku bahan mentah. Okay amalan yang biasa dilakukan untuk mencairkan bahan mentah adalah dengan merendam dalam bekas berisi air. Tahukah anda ini adalah amalan yang salah?

3 kaedah nyahbeku bahan mentah yang betul ialah :
1. Meletakkannya di bawah air yang mengalir tidak lebih 2 jam.
2. Letak di ruang chiller semalaman (macam dalam gambar).
3. Gunakan fungsi “defrost” pada microwave. Pastikan dimasak terus.

Kaedah ini adalah bagi mempercepatkan proses nyahbeku bagi menggelakkan pertumbuhan bakteria. Kaedah nyahbeku yang tidak betul boleh menyebabkan keracunan makanan sekiranya tidak dimasak dengan sempurna.

Sekiranya tidak dinyahbeku dengan betul ketulan ais pada bahan mentah tidak cair sepenuhnya dan apabila di masak tidak sempurna bahagian yang masih ada ketulan ais akan menyebabkan bakteria membiak dan boleh jadi punca keracunan makanan.

#BKKMnakpesan #BKKMHQ


Tags:

About author
not provided
She stares at cool people and wonder if they stare at other cool people as well. Contact details are
View all posts